Wednesday, February 2, 2011

Al-Fatihah

Hari jumaat lepas, saya dikejutkan dengar perkhabaran bahawa Pacik Saikhul Islam or dipendekkan Pacik Sehor berada dalam keadaan coma. Dapat berita tu sebaik sahaja saya peluang bercanda bersama kekasih hati. Ya allah terkejutnya. Tak sangka. Pacik Sehor selama nie seorang yang kuat. Sepanjang i've known him, he never marah orang. All I can see a smile on his face.

Whenever, my family and I want to go to his house, we surely akan cakap nak makan ikan patin masak tempoyak. Tidak sikit pun dia mengeluh atau menidakan. Walaupun, bahan takde dirumah, pacik sehor sanggup pergi ke pasar semata-mata untuk menunaikan kehendak kami. And saya suka ke rumahnya di Mentakab. Rumahnya penuh dengan jajan(bak kata budak-budak tadika). Segala makanan budak-budak tadika ada. Termasuklah aiskelim dua puluh cen kegemaran saya.

Even though, his my pacik sepupu, but our family relationship are very strong. That's why I don't mind, waited for the ambulance from Temerloh sampai ke hospital Sungai Buluh even jam sudah menunjukkan pukul 1.30pagi dan terpaksa tunggu 3 jam for the operation baru boleh visit.

Pacik Sehor coma selama 4 hari akibat pendarahan dalam otak. Allah lebih menyangi Pacik Sehor, jam 1 lebih Pacik Sehor disahkan meninggal dunia pada hari isnin bersamaan 31st January 2011. Aku tidak sempat untuk melawatnya kerna sibuk dengan final exam. Jenazah dikebumikan di kampungnya, Kelantan. Umi dan ayah si serta ahli keluarga mengiringi van jenazah sampailah ke Kuantan. Semalam 7.45 pagi, arwah selamat dikebumikan.

Namun, sebelum jenazah dikapankan, pihak polis telah membuat posmortem(err tak reti nak eja lahhh.) kerana keretakan tempurung arwah sgt luar biasa. Bukan keretakan seperti terhentuk kepala di lantai tetapi seolah-olah arwah telah dipukul oleh seseorang. Ya allah ya tuhanku, harap2 perkara ini tidak benar. Hmm.

Akhir sekali, I hope macik pah, abg khairi, abg khairul, abg jojo, kak nurul dan ahli keluarga yang lain tabah menghadapi dugaan. Setiap datang akan pergi jua. Dan apa yang berlaku mesti ada hikmah. Agak terkilan kerana arwah tidak sempat melihat cucu pertamanya. Al-fatihah kepada Pacik Saikhul Islam. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

No comments: