Sejak dua tiga hari lepas mood aku sering bercelaru. Sekejap okay sekejap tak okay. Masalah sering melanda. Senyum paksa ini memang selalu sangat dah. Aku buat tu semua pun sebab tak ingin orang tahu dan lalu menyakan " kenapa dengan kau nie? " . Soalan paling aku benci. Tidak tahu mengapa.
Hari Khamis lepas, Amiza lempang aku. Terima kasih Amiza. Aku memang memerlukan pelempang seorang kawan untuk menyerdarkan diri aku bahawa jangan pentingkan diri sendiri dan membuat sesuatu yang boleh dikategorikan BODOH. Apa dia ituh biarlah si Amiza dan Afif jer tahu.
Bagi aku bukan mudah untuk memuaskan diri sendiri kerana pada masa yang sama ada hati yang perlu dijaga. Tapi aku sering menghampakan dan mengecewakan orang sekeliling aku. Memang susah hidup ini kan? Kenapa kita manusia perlu hadapi semua ini yer. Seribu tanda soal.
No comments:
Post a Comment